Pilihan Bayaran Wakaf :
Imbas DuitNow QR
SIGHAH HIBAH
Bahawasanya saya pemilik harta/wang tunai berjumlah sebagaimana bayaran melalui potongan akaun di atas ("Harta Hibah") dengan suci hati dan tanpa sebarang paksaan menghibahkan keseluruhan Harta Hibah kepada WAQAF AN-NUR CORPORATION BERHAD [200001027369 (529976-D)] ("Waqaf An-Nur") sebagai bukti Qabad iaitu penerimaan dan penguasaan ke atas keseluruhan Harta Hibah tersebut.
Saya sesungguhnya menyatakan bahawa Hibah ini dilaksanakan dengan tujuan akhirnya kerana Allah SWT.
SIGHAH WAKALAH WAQAF
Bahawasanya saya pemilik Harta Hibah di dalam dengan suci hati dan tanpa sebarang paksaan melantik WAQAF AN-NUR CORPORATION BERHAD [(No. Pendaftaran : 200001027369 (529976-D)] ("Waqaf An-Nur") untuk mewakili saya dan bertindak bagi pihak saya ke atas Harta Hibah yang telah dihibahkan, dan memberi kuasa kepada Waqaf An-Nur untuk memasuki apa-apa Hujah Waqaf bagi Harta Hibah tersebut.
Kami, WAQAF AN-NUR CORPORATION BERHAD [200001027369 (529976-D)] dengan ini menerima Harta Hibah daripada Penghibah, dan bertanggungjawab untuk menguruskan Harta Hibah tersebut dan seterusnya memastikan Harta Hibah yang dihibahkan akhirnya bertukar menjadi mauquf yang berkekalan dan sedekah jariah yang berpanjangan di jalan Allah SWT bagi pihak Penghibah.